Thursday

INFO MENGENAI TELEKUNG VIETNAM DAN PEMILIK BLOGSPOT.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

 

Assalam,

Pelanggan yang dihormati,


Info Mengenai Telekung Vietnam

Berikut adalah pandangan peribadi saya mengenai telekung Vietnam ini dan kenapa ianya begitu istimewa di mata berbanding dengan telekung-telekung yang lain.   

Kaum wanita melayu Champa sememangnya terkenal dengan kemampuan menghasilkan mutu sulaman yang tinggi, jahitan yang halus dan kemas.  

Keistimewaan telekung Vietnam ialah:-

(a)    Kain tebal, sejuk – dari kain fabrik berkualiti ( kapas viscose - campuran kapas)
(b)   Ketika solat kain tidak mudah mengerbang – kain memberat jatuh ke bawah.
(c)    Kain telekung bahagian bawah pula labuh memanjang –
menutup aurat kaki semasa sujud kain tidak mudah tersingkap.
(d)  Ukur lilit pada muka terletak, anak-anak rambut tidak mudah kelihatan terkeluar – kebanyakkannya  tidak perlu lagi memakai serkup (anak telekung di bahagian dalam)
(e)  Kain telekung bahagian atas juga labuh – menutup aurat bahagian tangan.  Bagi mereka yang tinggi lampai atau berbadan besar tidak akan mengalami kesukaran sama ada telekung itu singkat/pendek.
(f)   Corak sulaman tenunan jahitan bunga timbul yang kemas, cantik dan menawan.

Terdapat juga telekung kategori `Special Edition’. Sulaman pada telekung ini dijahit 100% dengan tangan. Merupakan telekung yang termahal tetapi terpulanglah pada masing-masing citarasa dan bajet. Tips pada yang masih baru, jangan terkejut melihat telekung berwarna hitam. Kini telekung hitam telah menjadi satu `trend' dan menjadi kesukaan ramai.

Pada saya `Alah Membeli Menang Memakai' atau pun `Tepuk Dada Tanyalah Selera anda'…..

Wassalam.

Ikhlas dari saya,




_________________________________________________



INFO ABOUT VIETNAM PRAYER CLOTHES

Assalam,

Dear valued customer,


Info About Vietnam's Prayer Clothes,

Here is my personal view on Vietnam's prayer clothes and why it was so special in the eyes compared to the prayer clothes from elsewhere.

Women of Malay Champa is famous with their ability to produce high quality embroidery, fine and neat stitching.

Vietnam's prayer clothes privileges are: -

(a) Thick cloth, cool - from high quality fabric (cotton viscose)
(b) When pray the fabric clothes weight towards down
(c) The prayer clothes length is elongated, will cover your feet when to bow down.
(d) Measurement on the face - is neatly cover your hair
(e) For those with big frame or taller will find this type of prayer's clothes can solve their problem
(f) In addition the design and colors of the embroidery patterns are so neat, beautiful and attractive.

There is also a `Special Edition '. The embroidery stitching  is 100% done by hand. It is the most expensive prayer clothes but it is up to your taste and budget. Tips to new customer, do not be surprised to see a black prayer clothes. Now the black prayer clothes has become trendy and favorite to many customers.

The choice is yours..

Blessings to all,

Yours sincerely,



______________________________________________________________________________

INFO TAMBAHAN PEMILIK BLOGSPOT INI


Nama                                      :  Puan Zalina Bt Basri
Saya boleh dihubungi               :  sms/whatsapp 017-8872736
Alamat Emel                             : telekung.berkualiti.vietnam@gmail.com


Produk   :

Telekung dari Negara Vietnam.
Kesemua telekung  adalah Ori dari pereka asal (pelopor) telekung ini. Fabrik telekung adalah sejuk,   memberat ke bawah, licin, labuh dan besar. Sangat selesa kepada si pemakai. Kesemua telekung adalah telekung esklusif.

Material dari fabrik Cotton Viscose iaitu dari sutera kapas tiruan (sintetik). 

Ukuran Telekung 

(Bahagian Atas) 
- Ukur lilit muka , +/- 20 inci (+/- 55 cm) 
- Labuh , +/- 44 inci (+/- 111 cm) 
- Lebar , +/- 80 inci (+/- 200 cm) 

(Bahagian Bawah) 
- Pinggang , +/- 15 inci (+/- 39 cm) - bergetah , 
+/- 22 inci (+/- 57 cm) } ditarik getahnya , 
+/- 50 inci (+/- 131 cm)} –labuh kain. 

Postage                                                               
: Postage bagi sepasang telekung : - 
: RM 7.00 (Semenanjung) 
: RM 9.00 (Tanah Tinggi Cameron, Pahang) 
: RM 13.00 (Sarawak) 
: RM 15.00 (Sabah) 

Kaedah Pembayaran:

Malayan Banking Berhad (MBB), nombor akaun akan diberikan kemudian apabila sudah confirm dengan pilihan belian.
  


Terma Dan Syarat

1. Hanya untuk pembeli yang serius.

2. Semua item adalah jenama baru dan di dalam keadaan baik.
Kami akan menyemak terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada anda.

3. Beli di atas risiko sendiri.
Pastikan kod pilihan anda. Barang yang dijual tidak boleh dipulangkan / ditukar. Sekali lagi, kami akan memeriksa  untuk memastikan ia berada di dalam keadaan yang baik. Jika anda tetap ingin menukar pesanan, anda dibenarkan untuk berbuat demikian tetapi anda perlu  menambah kos caj tambahan untuk kurier.

4. Pesanan pertama akan didahulukan.

5. Kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian yang berlaku semasa penghantaran.
Pastikan anda memberi  alamat pos yang betul (dengan alamat penuh), sama ada alamat rumah atau alamat pejabat. Kami menggunakan Poslaju bagi tujuan kurier. Jika anda tidak menerima item dalam masa 5 hari selepas penghantaran, sila maklumkan segera bagi membolehkan penyemakan dibuat dengan  cawangan Poslaju berdekatan.

6. Semua barangan akan dihantar hanya setelah pembayaran penuh dibuat.

7. Semua yuran pos / penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli (melainkan jika ia ditulis percuma).
Bagi item pos percuma, caj pos adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Sabah / Sarawak sila rujuk kepada carta  POSLAJU di sini.


** Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan teragak-agak menghubungi atau menghantar pertanyaan kepada kami di alamat emel berikut, telekung.berkualiti.vietnam@gmail.com

Tempoh Penghantaran:  1-3 waktu hari bekerja menggunakan perkhidmatan Poslaju. No tracking Poslaju akan diberikan melalui sms, whatsapp ataupun pm.


(Penghantaran pos pada setiap hari Selasa dan Khamis KECUALI adanya pesanan yang banyak pos akan dibuat pada hari yang lain).


No comments:

Post a Comment