Saturday

TELEKUNG VIETNAM - SPECIAL EDITION DAN LIMITED EDITION

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Gambar-gambar di atas adalah untuk kategori telekung yang pengeluarannya terhad.  Terdapat dua (2) kategori.  Iaitu:-

LIMITED EDITION (LE)


Corak telekung adalah sedikit berbeza daripada telekung biasa.  Perbezaan terletak pada corak dan warna sulaman.  Di hujung telekung ada design seperti tebukan lubang dan bercorak. Selalunya warna jahitan adalah 2 atau 3 warna. Sulaman bunga timbul kurang dari 60 kuntum dan ke bawah.

SPECIAL EDITION (SE)


Corak telekung tersangat istimewa.  Terbahagi kepada dua bahagian.

(a) Sulaman telekung dijahit 100% dengan tangan.  Terdapat pelbagai corak bunga yang dihasilkan melalui jahitan tangan ini.  Contoh sulaman bunga mata lalat (timbul tersusun mengikut corak).Warna benang yang digunakan adalah 3 atau lebih bagi menghasilkan corak yang menarik.

(b) Sulaman bunga timbul tetapi menggunakan 3 jenis warna atau lebih untuk corak  sulaman telekung. Telekung jenis ini sangat terhad, sukar untuk dapat stok. Istimewa terletak pada bilangan sulaman bunga timbul adalah penuh - maksimum, iaitu 63 kuntum bunga.  Warna-warna kain telekung adalah pastel, cream dan hitam.



No comments:

Post a Comment